DILEMA EJEN HARTANAH

Hasil Tinjauan dan pengalam di Dalam industri Hartanah Malaysia.

Ramai leader sibuk mencari ejen untuk duduk dibawah mereka tapi kebanyakan dari leader leader ini hanya tinggalkan ejen ejen mereka setelah mereka mendaftar masuk di bawah mereka.

Mereka hanya mengharapkan agar ejen ejen mereka tu mampu buat sales atau jualan demi kepentingan poket mereka.

Persoalannya, adakah ejen ini mampu buat sales mereka sendiri jika tiada tunjuk ajar dan latihan dari leader tersebut?
Itulah dilema ejen hartanah baru di luar sana.

Bagi ejen baru mereka terpaksa mencari alternatif untuk belajar sendiri bagi menghasilkan jualan mereka.
Ini adalah di sebabkan oleh leader mereka kurang ilmu dalam menguruskan ejen-ejen baru dan kekurangan ilmu dan idea dalam bidang marketing.

Saya tak salahkan 100% hanya kepada leader semata mata. Ada juga masalah yang datang dari ejen tu sendiri yang mana mereka tidak mampu nak bagi tumpuan dan fokus pada kerjaya mereka sebagai ejen hartanah.

Kenapa Delima Ejen Hartanah ini berlaku?

Ada juga ejen yang daftar sebagai ejen hanya ikut kawan dan ada yang hanya nak isi masa lapang yang terluang.

Jadi kesimpulannya di sini, kita perlu tau apa peranan kita, apa matlamat kita sebagai leader dan ejen.

Bagi ejen-ejen yang baru, ikutilah arahan dari leader yang telah dahulu menempuh liku dalam dunia hartanah sebelum kita. Hargailah jasa dan pengorbanan mereka kerana mereka sudi berkongsi ilmu yang tak ramai nak kongsikan di luar sana.

Dan bagi leader, update ilmu dalam dunia hartanah terutama dalam bidang pemasaran, jualan dan pengurusan bagi membantu ejen-ejen baru di bawah anda menghasilkan jualan pertama mereka.

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

No Comments

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger