Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Ramai kakitangan kerajaan yang nak beli rumah tapi masih ada yang tak tahu tentang kewujudan LPPSA Lembaga Pinjaman Perumahan Penjawat Awam sebagai institusi pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan.

Saya pun pernah juga jumpa dengan kakitangan kerajaan yang nak beli rumah dan mereka lebih memilih bank lain dari pinjaman LPPSA untuk buat loan rumah. Kebanyakan mereka lebih memilih loan LPPSA sebagai pinjaman terakhir mereka.

Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan 2019

Tentu saja saya sebagai ejen hartanah faham terhadap situasi macam ni dan sudah tentu semua jenis pinjaman ni ada kelebihan dan ada kekurangannya.

Apa yang saya nak kongsikan kat sini hari ni adalah kelayakan pinjaman perumahan kerajaan. Mungkin perkongsian hari ni dapat memberi sedikit pemahaman pada kita sebagai pembeli atau sebagai ejen hartanah.

Sebelum saya cerita lebih lanjut saya nak anda faham beberapa perkara.

Pertama, jumlah kadar faedah yang dikenakan oleh LPPSA dan bank.

Seperti yang kita tahu, LPPSA dan bank adalah institusi perbankan dan pinjaman di Malaysia dan mereka berhak memberi pinjaman pada kita mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 

Saya harap perkongsian hari ni dapat anda kongsikan dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun boleh tahu apa ilmu yang anda tahu hari ni.

 

Apakah kelayakan pinjaman perumahan kerajaan ni, susah ke?
Mudah je, pinjaman perumahan LPPSA hanya boleh dipohon oleh Kakitangan Kerajaan Malaysia dan badan berkanun yang berstatus jawatan tetap sahaja. Bagi badan berkanun, hanya badan berkanun terpilih sahaja yang layak memohon pinjaman LPPSA ni. Maksudnya orang gomen je yang boleh apply.

Setiap pemohon wajib sah jawatan tetap dan telah meneriman surat pengesahan taraf berpencen terlebih dahulu sebelum memohon pinjaman perumahan LPPSA ni.

Gaji bersih harus mencukupi untuk pinjaman berdasarkan pengiraan yang telah ditetapkan oleh LPPSA.

 

Apa kelebihan pinjaman Perumahan LPPSA?

Kelebihan memang banyak diberikan untuk kakitangan Kerajaan. Antara kelebihan pinjaman LPPSA ni, 100% pinjaman diberikan untuk pemohon. Walaupun pinjaman penuh 100% tapi bayaran untuk guaman untuk transaksi jual beli dan pertukaran nama kita perlu sediakan sendiri.

Yang menariknya lagi, LPPSA tak seperti pinjaman bank lain di luar sana. Walaupun kita mempunyai rekod CCRIS, CTOS atau Black-list, kita masih berpeluang untuk memohon pinjaman perumahan dari LPPSA.

 

Pinjaman Perumahan LPPSA

LPPSA tidak hanya menyediakan pinjaman untuk perumahan malah LPPSA pun turut menyediakan pinjaman untuk kita membeli tanah dan rumah kedai.

Tapi kena ikut beberapa syarat yang dah ditetapkan oleh LPPSA untuk pinjaman rumah kedai ni, seperti contoh. Mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

Kadar faedah yang dikenakan oleh LPPSA ni jauh lebih murah berbanding bank lain diluar sana yang bersandarkan pada BLR Base Lending Rate.
Percaya tak kalau saya katakan faedah hanya 4% dan kadar faedah ni kekal sampai rumah yang kita beli tu selesai.

 

Kadar BLR Pinjaman 2019
BLR keluaran Bank Negara 2019

Sumber: Bank Negara Malaysia.

Download Link: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=19&bb=file

 

LPPSA hanya benarkan pengunaan pinjaman perumahan ni hanya 2 kali sahaja. Maksudnya kita boleh beli 2 biji rumah dengan pinjaman LPPSA ni tapi syaratnya kita perlu selesaikan baki pinjaman pertama.

Kalau anda suami isteri kakitangan kerajaan sepatutnya anda mampu membeli 4 biji rumah.
3 biji kita jadikan aset pelaburan dan 1 kita duduk la sendiri.

Bestkan tiap-tiap bulan orang lain tolong bayarkan hutang kita.

Dah la bayaran bulanan tu murah, siap ada orang tolong bayarkan setiap bulan.

Rumah sewa naik setiap tahun tapi bayaran pada LPPSA tetap sama. Memang la sangat menguntungkan.

Macam tu orang gomen boleh buat duit dengan mudah.

Hari ni dah tahu serba sedikit tentang kelayakan pinjaman perumahan kerajaan,kan?

Nak tau macam mana nak cari rumah yang bagus untuk pelaburan?

Jom baca posting saya kat sini Jenis Hartanah Mana Yang Sesuai Untuk Melabur?

 

 

Anda ada idea dan pendapat yang nak dikongsikan?

Jom kongsikan kat ruang komen di bawah

 

 

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
Tag:
atok
atok

2 Comments

Noor asniza

Assalamualaikum..saya nk tanya..saya ada masalah cctos @ ccris,saya masih boleh buat ke Loan LPPSA..

Reply
    atok

    Untuk pinjaman LPPSA hanya dikira apa yang ada dalam slip gaji saja. CCRISS & CTOS pun layak memohon untuk pembiayaan LPPSA ni.

    Reply

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger