Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA

# Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA

Mungkin ada segelintir kawan kawan kita dari kakitangan kerajaan yang masih tak tau tentang kewujudan Pinjaman Perumahan LPPSA dan Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA yang diberikan istimewa untuk kaitangan kerajaan dan Badan Berkanun Terpilih saja.

Jom kita kongsi kelayakan pinjaman lppsa

Tak kisah la ada yang tahu atau ada yang masih belum tahu, yang penting kta boleh share apa yang kita tau,kan?

Ada ke yang masih tak tau apa tu Pinjaman LPPSA?

Saya nak share sikit bab kelayakan pinjaman LPPSA dalam posting kali ni.

# Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA

Ok, senang cite macam ni, LPPSA ni diwujudkan untuk memberi pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang terpilih di seluruh Malaysia. Andai anda bekerja dalam sektor swasta, anda tidak layak untuk pinjaman LPPSA ni.

Jika anda kakitangan kerjaan dan masih dalam kontrak, anda juga tidak layak memohon kerana syarat pinjaman adalah kakitangan kerajaan yang telah sah jawatan tetap sahaja.

# Faedah Yang Rendah

Kadar keuntungan pinjaman hanya 4% jauh lebih murah berbanding dengan pinjaman perumahan di bank bank komersil yang lain.

# Jenis Pinjaman Perumahan LPPSA

LPPSA bukan hanya bagi pinjaman hanya untuk pembelian rumah saja tapi melibatkan pembelian tanah dan rumah kedai.

Semua ni ada tentu syarat-syarat yang perlu kita ikut tapi kita akan bincang pada posting lain.

Kali ini jom kita semak berapa pinjaman perumahan maksimum yang boleh kita dapatkan dari LPPSA ni dan anggaran bayaran balik pinjaman perumahan.

Pada yang tak tau macam mana nak tengok gaji bersih, boleh tengok kat gambar contoh penyata gaji kat bawah ni.

Penyata Gaji
Contoh Penyata Gaji kakitangan kerajaan

# Jumlah anggaran pinjaman perumahan dan aggaran bayaran balik pinjaman LPPSA

BilGaji BersihKelayakan MaksimumAnggaran Bayaran Balik Umur Bawah 40 Tahun
1RM 6,500 KeatasRM 750,000RM 4,026.16 Sebulan
2RM 6,000RM 720,000RM 3,865.12 Sebulan
3RM 5,700RM 680,000RM 3.650.39 Sebulan
4RM 5,500RM 650,000RM 3,489.34 Sebulan
5RM 5,000RM 600,000RM 3,220.93 Sebulan
6RM 4,700RM 560,000RM 3,006.20 Sebulan
7RM 4,500RM 540,000RM 2,898.84 Sebulan
8RM 4,300RM 510,000RM 2,737.79 Sebulan
9RM 4,000RM 470,000RM 2,523.06 Sebulan
10RM 3,800RM 450,000RM 2,415.70 Sebulan
11RM 3,500RM 420,000RM 2,254.65 Sebulan
12RM 2,900RM 340,000RM 1,825.19 Sebulan
13RM 2,300RM 270,000RM 1,449.42 Sebulan
14RM 1,700RM 200,000RM 1,073.64 Sebulan

**Jadual Pinjaman Perumahan ini hanya anggaran dan sebagai panduan rujukan sahaja.

Gaji bersih adalah baki gaji selepas di tolak dengan potongan, hanya elaun TETAP sahaja yang di kira.

Sekarang dah tau berapa kelayakan pinjaman perumahan LPPSA kita kan?

Lepas ni dah senang nak buat keputusan rumah mana yang nak di beli nanti.

Jika ada sebarang yang anda nak kongsikan, jom komen kat ruang komen kat bawah ni.

Jangan lupa untuk share dengan kawan-kawan ye

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

No Comments

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger