Apa Yang Menarik Di Teluk Intan

Bila kita dengar nama Teluk Intan dah terbayang menara condong yang besar kat tengah-tengah Bandar Teluk Intan, kan?

Ada rahsia lain yang berlaku kat Teluk Intan yang ramai orang perpusu-pusu ke sana. Teluk Intan sekarang dah tak sama dengan Teluk Intan yang kita pernah kenal 10 tahun dulu.

Kepesanan pertumbuhan kemajuan Teluk Intan sendiri pun dah banyak berubah. Ini kita boleh buktikan dengan beberapa perubahan dan kemajuan yang berlaku disekitar Teluk Intan itu sendiri.

Bagaimana dari sebuah pekan biasa dan dulu ladang-ladang sekarang Teluk Intan menjadi tumpuan.

 

Teluk Intan dah banyak berubah

west-coast-expressway-map-2.0

Sekarang telah dibina sebuah jalan raya baru West Coast Expressway (WCE) atau Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Negeri Selangor ke Negeri Perak yang perlu melalui Teluk intan.

Bila jalan ini siap sepenuhnya kita boleh ke Teluk Intan menggunakan WCE ini dengan keluar ke Exit 3223 Teluk Intan

Teluk Intan sendiri sekarang dah mempunyai Hospital, Universiti, Kolej dan beberapa lagi universiti baru akan dibina di Teluk Intan  menjelang 2019 ini.

Kini Bandar Teluk intan di bawah PBT Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Di kawasan Teluk Intan sendiri dah banyak kediaman-kediaman moden dan pusat industri ditubuhkan untuk menjana ekonomi Teluk Intan. Kini para pelabur mula beralih ke Teluk Intan untuk melabur.

Selain dari pertumbuan ekonomi yang bagus dan peningkatan penduduk di Teluk Intan, harga rumah di Teluk Intan masih boleh lagi dikatakan agak murah jika di bandingkan dengan kawasan-kawasan lain yang sama dengannya.

Cuba bayangkan sebuah bandar seperti Bandar Teluk Intan ini kita masih boleh miliki rumah baru pada harga kurang dari RM160k untuk rumah teres 3 bilik. Harga ini kita tak boleh dapat di bandar-bandar lain.

Dan permintaan rumah di Teluk Intan juga kian mendapat sambutan.

Jadi, ini potensi besar jika kita mula melabur hartanah di Teluk Intan.

 

Taman Lagenda, Bandar Baru Teluk Intan. Kediaman moden dan pelaburan berbaloi di Negeri Perak.

Kediaman berkonsepkan moden ini hanya beharga dari RM157,800 terbuka kepada semua bangsa.

Apa Yang Menarik Di Teluk Intan 1

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

No Comments

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger