Jenis Hartanah Mana Yang Sesuai Untuk Melabur ?

Hartanah mana yang sesuai untuk melabur, rumah baru atau rumah subsale?

Mesti kita tertanya-tanya jenis hartanah mana yang sesuai untuk melabur,kan?

Bila dah ada kemampuan untuk melabur hartanah ni baik diteruskan sebab pelaburan hartanah pelaburan yang lebih menguntungkan.

Jenis Hartanah Mana Yang Sesuai Untuk Melabur ? 1

 

Tapi macam mana nak tau pelaburan hartanah mana yang menguntungkan?

  • Under-con atau subsale?

  • Landed atau bertingkat?

  • Tanah atau rumah?

Semua yang kat atas tu memang pelaburan menguntungkan tapi yang membezakan semua ini adalah masa.

Bila pelaburan kita boleh pulang modal atau break even dan bila harga pasaran akan mati atau mendatar?

Boleh bayangkan harga rumah mati? Mungkin ada sesetengah orang memang tak pernah tahu hartanah pun ada harga mati. Maksud harga mati ni adalah harga yang dah tak boleh naik lagi, harga dah mendatar dan tak berubah.

Harga mati ni selalu terjadi pada rumah-rumah subsale. Percaya?

Harga pasaran rumah ni akan berhenti bila sesuatu lokasi hartanah tu berada di tahap matang dan padat dan dah tiada lagi kemajuan dan pembangunan yang berlaku kat kawasan tu.

Permintaan mungkin masih ada tapi terlalu sedikit dan value tu dah mula hilang kesan daripada kematangan kawasan tu sendiri. Jadi kalau anda nak pelabur hartanah jenis sub sale ini pastikan anda mampu mengatur strategi dengan betul dan kewangan yang cukup untuk melabur.

Jadi kita perlu bijak dan berhati-hati dalam memilih hartanah untuk pelaburan kita. Bukan susah pun nak melabur tapi kita kena ada ilmu, baru semuanya boleh jadi mudah.

Ok, untuk jenis hartanah pula, yang mana lebih sesuai untuk melabur?

Landed atau Bertingkat?

Kita kena tahu berapa modal yang kita nak laburkan dulu dan berapa keuntungan yang kita nak.

Kalau kita nak keuntungan untuk tempoh yang pendek, kita boleh pilih hartanah jenis bertanah atau landed tapi kalau kita nak keuntungan yang lama dan berterusan kita boleh pilih hartanah yang bertingkat.

Jenis hartanah bertanah ni lebih sesuai kita gunakan konsep beli dan jual dan juga beli, sewa dan jual.

Bagi hartanah jenis bertingkat pula lebih sesuai kita gunakan konsep beli, sewa dan jual. Ini adalah disebabkan kenaikan harga pasaran rumah bertingkat ni agak lambat berbanding hartanah bertanah atau landed ni.

Dan semua ini bergantung pada lokasi dan matlamat pelaburan kita.

 

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

2 Comments

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger