Saya Nak Jadi Pelabur Hartanah

Saya Nak Jadi Pelabur Hartanah…

Bila sebut je perkataan pelaburan hartanah ramai yang terbayang duit berkepok-kepok masuk dalam bank tu setiap bulan kan?

Tapi macam mana nak melabur dalam hartanah dengan modal permulaan yang minimum?

Percaya tak kalau saya kata nak mula jadi pelabur hartanah tak perlu duit banyak untuk bermula?

 

Ini “Rahsia” yang ramai orang tak tahu.

Buktinya, ramai ejen hartanah sekarang yang dulunya tak ada rumah sendiri.

Bila ada peluang yang baik dan modal yang disimpan, ramai ejen-ejen hartanah ni mula beli harta sendiri dan laburkan untuk keuntungan.

Bagi yang ada duit lebih dan ada memampuan beli rumah, menjadi pelabur itu adalah kelebihan.

Bagi ada kemampuan membeli rumah dan berilmu, itu kelebihan + Bonus.

 

Macam mana nak mula dengan modal yang kecil atau tanpa modal?

Bila kita kurang kemampuan untuk membeli aset sendiri untuk pelaburan, kita boleh mula sebagai pengurus hatanah orang lain dulu.

Dalam ertikata lain jadi ejen hartanah dulu untuk kumpul modal sebelum kita memiliki kemampuan membeli aset pelaburan sendiri.

Dalam masa yang sama kita boleh belajar bagaimana nak uruskan hartanah dengan baik.

 

Komisyen Ejen Hartanah

Komisyen sebagai ejen hartanah pun bukannya kecil, boleh cecah RM5k hingga RM30k sebulan kalau kita buat betul-betul full swing.

Ok, kiraan mudah untuk ejen hartanah.

Bayangkan komisyen jualan satu unit yang kita dapat jualkan adalah RM5k dan dalam sebulan kita mampu jualkan hanya 3 unit, berapa pendapatan sebulan?

Mudah je nak dapat RM15k sebulan kaedah ni.

Itu baru kita kira sebulan, sekarang kita cuba kalikan dengan 12 bulan untuk tempoh setahun berapa jumlah terkumpul dalam masa 1 tahun?

Ya, RM180k, cukup kan untuk bayar deposit 2 buah rumah yang harga bawah RM300k?

 

Masa untuk mula melabur

Ok, part ni kita dah ada modal dan kita dah mampu melabur sendiri.

Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang kita dapat masa jadi ejen hartanah dulu.

Ok, kita buat kira-kira sikit.

Harga Rumah kita letak RM300k untuk 1 unit.

20% dari RM300k adalah RM60,000

Kita letak RM3% lagi untuk peguam dan lain-lain berjumlah RM9,000

Jumlah keseluruhan deposit untuk 1 unit rumah RM69,000 untuk 1 unit rumah

Sekarang kita gandakan dengan 2 biji rumah dan jumlah keseluruhan untuk untuk 2 biji rumah adalah RM 138,000

Ini bermakna kita ada lebihan tunai RM42,000 untuk kerja-kerja renovation dan masukan perabot untuk tinggikan sedikit harga sewa bulanan.

 

Pada yang nak tahu hartanah mana yang kita patut melabur boleh baca posting kat sini Jenis Hartanah Mana Yang Sesuai Untuk Melabur?

 

Bayangkan kita mampu memiliki 2 unit rumah dalam masa 1 tahun dan dalam tempoh 3 tahun kita mampu memiliki 4 unit rumah sendiri sebagai pelaburan.

Boleh bayang tak berapa banyak kita akan perolehi hasil dari pelaburan 4 unit rumah tu nanti?

Kalau setiap satu rumah mampu berikan kita extra RM 500 sebulan selepas ditolak dengan bayaran bulanan bank.

Ini bermakna pendapatan extra kita RM2,000 sebulan dan RM24,000 dalam masa setahun.

Itu bacaan untuk 3 tahun pertama, bayangkan hartanah kita dah matang dan pulangan bulanan lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya, kan best?

 

Tapi semua ni perlu ada ilmu dan bekal yang cukup untuk menjadikan impian kita kenyataan.

Bila kita bermula dari bawah, mudah kalau kita nak uruskan segala masalah teknikal hartanah jika berlaku apa-apa.

 

Jom share article ni dan kongsi idea anda kat ruang komen kat bawah ni

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

No Comments

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger