Perjanjian Sewa Rumah

Bagi yang pernah menyewa rumah, kita mesti pernah dapat satu dokumen yang kita perlu sain sebelum masuk rumah yang kita sewa, betul?

Apa sebenarnya yang kita sain tu? Apa gunanya kita sain agreement tu?

perjanjian sewa rumah agreement

Pada yang dah lupa saya share balik ye,
Sebenarnya yang kita sain tu adalah surat Perjanjian Sewa Rumah atau kita panggil sebagai Tenancy Agreement.

Banyak sebenarnya manafaat dari perjanjian sewa rumah ni.
Antaranya adalah untuk melindungi kita sebagai penyewa untuk tinggal secara aman / privasi tanpa gangguan daripada owner rumah.
Maksudnya kat sini, owner rumah tu tak boleh suka-suka hati je nak masuk rumah selagi perjanjian sewa rumah tu masih sah dan selagi tak melanggar sebarang penjanjian yang dah dipersetujui.

Selain tu lagi, dalam perjanjian sewa rumah tu ada menyatakan jumlah kadar sewa, bayaran maintenance dan tarikh akhir yang kita perlu bayar pada owner rumah setiap bulan selama kita menyewa rumah tu.
Kalau perjanjian tu untuk tempoh 2 tahun jadi sewa bulanan tu akan kekal untuk tempoh 2 tahun, bergantung pada perjanjian yang dah dipersetujui antara penyewa rumah dan owner rumah.

Itu antara kelebihan perjanjian sewa rumah pada penyewa rumah.
Untuk owner rumah pun ada, jangan risau cuma ramai je yang tak tau benda ni ada.
Owner rumah berhak membatalkan sebarang perjanjian jika penyewa melanggar sebarang peraturan yang dipersetujui oleh dua pihak ni tadi.

Dalam perjanjian sewa rumah tu juga ada mengatakan bayaran kerugian yang perlu di bayar oleh penyewa jika penyewa nak keluar sebelum dari tarikh tamat perjanjian sewa rumah dan ganti rugi jika terdapat sebarang kerosakan pada rumah yang kita sewakan tadi.

So, selamat tak kalau kita ada perjanjian sewa rumah ni? Kalau rumah rosak kita boleh tolak dari deposit yang penyewa tu bayar sebelum dia masuk rumah kita tu.
Sebab tu kita sebagai owner rumah kena ambil deposit sebelum penyewa masuk rumah.

perjanjian sewa rumah agreement Bank Loan

 

 

Selain dari untuk melindungi penyewa rumah dan owner rumah, perjanjian sewa rumah ni sah untuk dijadikan dokumen sokongan tambahan bagi pembelian rumah lain di bank.

Maksudnya kat sini, selain dari kita bagi je payslip kat bank, kita boleh bagi sekali dokumen saham yang kita ada, penyata simpanan sama ada di Tabung Haji atau ASB dan juga perjanjian sewa rumah ni beserta S&P/SPA.

Selalunya perjanjian sewa rumah dibuat oleh lawyer tapi sekarang ejen rumah pun dan boleh buat tenancy agreement ni, cuma setiap perjanjian ni perlu ada stamping Hasil atau kita selalu guna istilah “Mati Stem” untuk menjadikan perjanjian ni sah.

Kalau kita nak buat sendiri pun boleh, cuma kena bijak susun peraturan jangan la sampai perjajian tu berpihak pada kita je.

Kesian la penyewa tu nanti kalau kita letak peraturan yang bukan-bukan.

Saya cadangkan untuk kita berkongsi rezeki dengan ejen-ejen rumah yang ada dekat dengan tempat kita.
Sebab ejen-ejen ni jauh lebih berpengalaman dari kita dan mereka tahu apa yang perlu dibuat.

So sekarang jelas kenapa kita perlu sangat ada perjanjian sewa rumah ni?
Pada owner rumah yang ada rumah tapi peram lama-lama rumah tu, baik sewakan je.
Pilih lah penyewa yang boleh dengar cakap untuk sewa rumah kita tu.
Kalau peram lama-lama bukan jadi jeruk pun… makin rosak ada la. Bila rosak kos baik pulih jauh lebih mahal.

 

Jadi dah dapat idea macam mana nak uruskan rumah sewa?

Ada pendapat nak share? Jangan segan-segan komen kat bawah ni. Nanti kita bincangkan bersama ye.

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

2 Comments

Sukur bin Ag sulaiman

untuk makluman atok saya dah buat perjanjian sewa rumah dengan owner, sekarang ni, saya nak sewakan Pula rumah Yang saya sewa ni pada orang lain, bolehkah saya buat perjanjian sewa rumah. Kalau boleh berapakah Kos Yang Di kenakan kepada saya

Reply
    atok

    Salam En Sukur. Boleh je kalau nak buat. Ini kita panggil Sub-Let, sewa atas sewa. Kalau dalam kes macam ni, perjanjian dia lain sikit dan tak sama dengan content yang ada dalan perjanjian sewa yang biasa. Jawapan untuk soalan En Sukur tadi, boleh.

    Reply

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger