Buat Duit Dengan Rumah Sewa

Siapa sangka kita mampu buat duit dengan rumah sewa?

Kebanyakan pandangan orang, rumah yang kita beli hanya untuk tinggal saja, paling-paling kuat pun nak wasiatkan pada anak atau isteri bila kita dah takde nanti.

Peluang ni dah banyak direbut oleh orang lain, dah bertahun-tahun berlaku depan mata kita, cuma kita je yang tak sedar.

Sebenarnya kita juga boleh sewakan rumah yang kita beli tu untuk jana atau tambah pendapatan kita setiap bulan.

Macam mana nak cari rumah yang mampu kita beli untuk jana pendapatan kita setiap bulan?

Saya akan sharekan tips ni special untuk anda semua. Saya harap anda boleh share blog atokhartanah.com ni pada kawan, suami, isteri atau adik beradik anda. Biar dioarang pun boleh dapat ilmu dari apa yang kita kongsikan kat sini nanti.

Ok, setiap benda yang kita nak buat perlu ada checklist,kan? Kita ambik contoh paling mudah kita ambil contoh makan. Makan benda yang paling senang dalam dunia ni. Walaupun mudah tapi kalau salah step boleh mambawa maut..

Apa checklist yang kita perlu tahu sebelum kita makan?

  1. Cari makanan yang sesuai yang kita boleh kunyah atau hadamkan.

  2. Kunyah makanan sampai hancur dan telan

  3. Ulangi step yang sama sampai kita kenyang.

 

Bayangkan semua benda yang kita nak buat hari-hari perlu ada checklist dan procedure yang kita kena ikut. Sama juga nak cari rumah untuk kita beli untuk sewakan dan mampu jana pendapatan bulanan kita.

Sekarang kita buat checklist untuk pilih rumah yang bakal jadi rumah sewa kita nanti. Semua checklist ni perlu ada kajian yang lengkap dan terperinci.

Jom kita semak apa checklist yang kita perlu tahu sebelum kita pilih hartanah yang mampu memberikan keuntungan pada kita.

 

Checklist Rumah Sewa

  1. Berapa harga rumah yang kita mampu beli

  2. Harga Rumah

  3. Lokasi rumah

  4. Kos-kos lain (Deposit / S&P / transfer nama / Insurance / Repair)

  5. Peratus faedah pinjaman rumah

  6. Permintaan sewa ( Tenability )

  7. Jenis sewaan (Rumah /Bilik / Sewa harian / Short term / Pajak)

  8. Bayaran balik bulanan rumah

  9. Anggaran sewa bulanan

  10. Harga sewa rumah semasa (Bergantung pada jenis rumah, sub sale, under-con atau lelong)

  11. Pulangan keuntungan tahunan (Rental Yield)

  12. Lain-lain kos (Maintenance / fees bulanan)

 

Bila kita dah dapat tahu semua info ni, mudah la kita nak buat kira-kira sama ada sesuai atau tak untuk kita beli untuk dijadikan pelaburan hartanah atau pelaburan rumah

Ok, untuk kajian harga sewa bulanan rumah kita boleh buat kat platform ni. Sebab keduanya platform ni memang best dan ramai pelabur guna

 

Platform lain yang kita perlu tahu untuk buat kajian

Dari google maps ni kita boleh tengok apa yang ada disekeliling rumah yang bakal kita beli tu dan berapa jarak ke tempat-tempat yang terdekat dengan lokasi rumah tu.

Selepas kita dah dapat semua info dan kita pun dah berpuashati, inilah saat yang ditunggu. kita buat viewing atau site visit ke hartanah tu untuk confirmkan.

P/s: Untuk pelaburan hartanah, lokasi hartanah tu dekat atau jauh dari kita itu bukan isu utama tapi adakah pelaburan hartanah tu mampu beri kita keuntungan atau tidak. Kalau hartanah tu dekat tapi tak boleh nak bagi keuntungan pada kita, buat apa kita simpan lagi,kan? Ni dah zaman digital semua duit sewa orang transfer je.

 

Semoga bermanfaat untuk anda semua. Jangan lupa share & subscribe.

 

Ada idea yang nak dikongsikan dengan kami?

Jom komen kat ruang komen di bawah.

 

 

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

No Comments

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger