Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil

#Rahsia: Cara membeli rumah dengan gaji kecil

Ramai yang nak beli rumah tapi tak tau macam mana nak beli tanpa keluarkan kos yang tinggi untuk bayar deposit dan segala kos peguam dari S&P / SPA dan transfer nama.

Bila ada rumah dan skim yang best tapi bayaran bulanan tinggi pula yang buatkan kita pening kepala.

Macam mana cara nak dapatkan sebuah rumah yang mampu kita beli dengan bayaran bulanan yang sesuai dengan kemampuan bayaran bulanan.

Lebih-lebih lagi bagi penjawat awam macam kita sekarang.

Yelah, rata-rata yang membeli rumah ni orang yang dah berkahwin

Bila suami isteri bekerja jadi dah tentu kita perlukan banyak duit setiap bulan untuk macam-macam kos dari ansuran bulanan kereta, rumah sewa dan juga untuk pengasuh.

Tu belum lagi kalau kita gunakan khidmat pembantu rumah..

 

Miliki-Rumah-Pertama-Dengan-Gaji-Kecil-post

 

Jadi macam mana nak beli rumah tapi dengan bulanan yang mampu kita beli?

Itu soalan bonus yang kita perlu jawap.

Kalau kita tak beli sekarang, lama-lama pun kita perlu dan wajib ada rumah sendiri juga. Andai apa-apa berlaku pada kita, sekurang-kurangnya ada tempat untuk isteri dan anak-anak kita berteduh.

Bila kita mempunyai kelayakan membeli rumah yang rendah atau kemampuan bayaran bulanan rumah yang rendah tak bermakna kita tak boleh ada rumah sendiri.

Semua ini perlukan kebijaksanaan kita bagaimana nak mencorakkan dan mencarakannya.

Secara peribadi saya katakan kita tak mampu nak ubah harga rumah kat Malaysia ni, kat mana-mana negara pun sama, masalah yang sama, isu harga rumah.

Cuba tengok jiran kita, Republik Singapura.

HDB apartment atau Flat pun dah cecah harga $(SGD)350k kalau convert duit kita dah RM 1,050,812.32.

Bayangkan mampu kita nak beli kalau flat pun dah cecah harga macam tu?

Tapi kita di malaysia masih beruntung harga rumah masih terkawal, cuma kita perlu bijak mengatur strategi macam mana nak dapatkan rumah walaupun dengan gaji yang kecil atau kemampuan yang rendah.

Apa yang saya boleh kongsikan disini adalah dengan kita mula dulu dengan rumah yang murah. Kalau kat KL dan selangor ni memang tak jumpa la rumah yang bayaran bulanan bawah RM1,000. Rata-rata bayaran bulanan dalam RM1,300 ke RM1,400 sebulan.

Saya lebih anjurkan kita beli dulu rumah yang di luar KL dan selangor. Apa kata kita intai-intai rumah kat area Teluk Intan, Perak.

Hasil dari kajian saya, memang sangat untung kita beli rumah kat Teluk Intan ni.

Harga masih murah, dekat dengan Selangor dan kawasan pun dekat dengan Kolej, Universiti, Hospital dan tempat-tempat yang mampu memberikan keuntungan pada hartanah kita.

 

Semua ini dapat diselesaikan dengan teknik dan cara yang betul.

Jangan lupa untuk isikan borang online di bawah ni untuk kami bantu anda dapatkan rumah yang sesuai dengan kemampuan anda hari.

 

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

No Comments

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger