Tips Membeli Rumah Untuk Orang Nak Pencen

Tips Membeli Rumah – Untuk Orang Nak Pencen

 

Mungkin ada yang tak tahu yang orang nak pencen pun boleh beli rumah.

Yelah, dah bertahun hidup dalam quaters dan fokus dengan kerja sampai terlupa nak beli rumah untuk pencen masa nanti,kan.

Jom saya kongsikan Tips Membeli Rumah untuk orang yang dah nak pencen.

Syarat beli rumah untuk kakitangan kerajaan

  • 3 Tahun sebelum tarikh pencen
  • Tiada baki tertunggak dengan LPPSA
  • Gaji bersih cukup untuk pembelian rumah.

 

Saya dulu pernah ada pengalaman saya sendiri menguruskan orang yang dah hampir nak pencen dan gaji bersih kurang untuk beli rumah.
Tapi bersyukur sebab isteri dia pun kakitangan kerajaan. Jadi boleh la buat join loan walaupun dah nak pencen lagi 4 tahun.

Kes yang saya uruskan ni melibatkan pasangan kakitangan kerajaan yang hampir nak pencen dan nak membeli rumah guna goverment loan (LPPSA)

Pada mulanya ejen-ejen masa tu semua reject permohonan dan buat tak endah je kat pasangan ni.

Ye lah, orang dah nak pencen, kelayakan pulak memang dah kurang.

Lepas saya buat semakan, memang pasangan ni kurang kelayakan jumlah pinjaman kalau digabungkan boleh dapat dalam RM240k je. Kalau nak fikirkan balik mana nak dapat lagi rumah bawah RM200k ni lagi.

Kalau ada pun mungkin flat atau apartment je. Takkan dah pencen pun nak tinggal kat rumah bertingkat macam tu lagi.

Bila saya offer satu projek di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan dia terus setuju. Sebab pasangan tu rupanya memang orang Perak, cuma bekerja je kat Hopistal Melaka.

Lepas semua urusan selesai dan saya dah jumpa pasangan tu untuk collect dokumen.

Alhamdulillah, pasangan tu berjaya ada rumah sendiri walaupun hampir nak pencen. Rumah yang pasangan tu pilih memang projek baru dan memang dalam proses disiapkan.

Selain dari projek rumah baru, saya sendiri pun pernah menguruskan pembelian rumah Sub Sale dengan menggunakan pinjaman bank untuk orang yang dah berpencen.

Masa tu saya uruskan guna Loan CIMB Bank. Bila melibatkan bank-bank komersil ni lagi banyak la dokumen dan isu teknikal lain yang nak kena uruskan. Bila dah pencen ni, deposit rumah bukan lagi 10% tapi dah sampai 50% dari harga rumah.

Syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar dan client saya tu pun dah berjaya dapatkan rumah yang dia idamkan.

 

Kenapa kena beli rumah waktu muda?

Ada beberapa isu teknikal yang kita kena faham bila melibatkan orang yang nak berpencen dan orang yang dah pencen ni.

Saya kongsikan 5 sebab kenapa kita perlu elakkan beli rumah masa dah dekat nak pencen

  1. Jumlah kelayakan pinjaman jadi kurang
  2. Kurang pilihan
  3. Bayaran balik bulanan tinggi
  4. Tempoh bayaran pun akan jadi lebih pendek
  5. Bayaran Insuran lebih tinggi berbanding umur muda

 

Kalau mampu nak bayar bulanan tinggi takpe, kalau yang kurang kemampuan macam mana?

Ibarat macam kita bayar bulanan tu double dari orang muda.

Jadi beli lah dari awal, Masa muda ni kita beli.

 

Jom beli rumah masa muda. Jangan dah nak pencen nanti menyesal

Ada yang anda nak kongsikan dengan saya?

Jom komen kat ruang komen kat bawah & jangan lupa untuk share post ni dengan kawan2

 

Jom Kongsi Blog AtokHartanah.com
atok
atok

2 Comments

Pn Mahizatul bt Arshad

Salam saya cuma mahukan pandangan.... Baru nk beli rumah... 9 tahun lagi pencen...

Reply
    atok

    Salam Puan Mahizatul. Lebih baik puan buat semakan kelayakan dulu dan pilih rumah mengikut kelayakan dan kesesuaian puan. Untuk memudahkan urusan puan boleh terus hubungi 0176554927

    Reply

Write a Reply or Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


DAPATKAN NOTIFIKASI ATOKHARTANAH.COM DI FACEBOOK

Atok Hartanah facebook-messenger